Wednesday 16 March 2011

Filem Pecah Panggung, Aku sorang-sorang lagi


Hikayat Merong Mahawangsa. Dengar tajuk macam pelik je kan. Aku memang tak pernah dengar langsung. Orang kata filem nie berdasarkan daripada novel. Tak tau ler ntah betu; tah tidak kan. Orang yang kata. hehe. Inilah yang dikatakan oleh Dr.Rozmey, antara filem pecah panggung pada tahun ini. Korang dah tengok kew belum?

Betapa ramainya manusia yang nak beli tiket
Tadi petang aku pergi tengok wayang kat jusco. Yela, teringin sangat nak tengok cite tu. Kawan-kawan aku kata cite tu best, sebijik macam mat salleh punya cite. Tu yang tak puas hati tu. Nak tunggu DVD pirate, lambat lagi keluar. Kang tak tengok orang kata ketinggalan pulak kan kan. Terpaksalah aku pergi sorang-sorang nak tengok cite tu punya pasal. 

Masa aku pergi beli tiket tu, orang keliling aku dok pandang aku je. Mana taknya, aku beli pop corn saiz besar punya! Tapi tengok sorang-sorang je. Ah biarlah! Perut aku lapar. Salah kew aku beli Large. Pelik betul la. Aku rasa dieorang jeles kot sebab aku dapat makan popcorn saiz besar punya! hakhak

Duduk dalam panggung memang penuh gile la manusia kat dalam tu. Maklumlah ye, paham-paham je lah. Sekarang nie musim cuti sekolah. So, ramailah family-family, kapel-mapel, yang dok meluangkan masa tengok filem nie.

Actually aku malas nak taip-taip tulis review mengenai filem nie. Kalau korang nak tahu, tengok sendiri lah. Bagi aku filem nie antara yang terbaik kot dalam Malaysia yang pernah aku tengok. Nak cakap perfect sangat, tak ada lah perfect mana pon. Adalah cacat-cacatnya sikit. Yang boleh aku katakan, aku bangga tengok filem nie melihat anak tempatan Malaysia mampu membuat filem sebegini. Walaupon filem nie tak sehebat dengan filem-filem antarabangsa yang lain, tapi sekurang-kurangnya filem nie mampu menandingi filem-filem  antarabangsa yang lain.

Bagi yang belum tengok lagi tu, aku cadangkan tengok lah cite nie. Best ah jugak, walaupon ending die aku rasa tak berapa nak best sangat kot. Sebab hero die mati. Tapi jalan cite die memang best gile! Cite nie aku bagi rating 8/10. hahaha

Facebook Lembab, Hadiah Yang Terbaik!

Dah lama aku tak update blog nie erk, haha. Maklumlah, tiba-tiba je jari aku diserang penyakit. Aku tengok jari aku ok je. tapi bila pegang laptop mula lah tangan nie melekat terbaring atas keyboard je. Pelik betul! Pergi jumpa doktor, dia kata jari aku ok je. Sakit apa, lu pikir lah sendiri. Tak kan aku nak bagi tahu kot. haha

Baru-baru nie negara jepun diserang tsunami. Sedih pulak melihat keadaan mangsa-mangsa disana. Yang kebulur lain, yang dah matinya lain, yang sakitnya lagi. Ah banyak gile lah. Eh, jap-jap aku lupa pulak. Agak-agakla kan, takiya genji, maria ozawa, tamao serizawa semua mati tak? Feveret-feveret aku tu semua. hehehe. Aku cuma nak ucapkan takziah kepada mereka-mereka yang kehilangan harta benda, keluarga, anjing-anjing dan lain-lain lagi. Semoga mereka semua kuat dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup di dunia nie. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Tak dapat bayangkan sekiranya aku berada ditempat tersebut. Agak-agak aku dah lari masuk dalam kotak kontena lori kot. hikhik
Nie lah yang dinamakan facebook. haha


Korang ada perasan tak yang facebook kini mula menjadi lembab. Ada tak? Ada tak? Hurm. Ataupon aku sorang je kot yang terasa lembab. Bukak youtube, cite porno, ngan yang lain-lain semua ok je, tapi facebook lembab macam haram jadah pulak. Tak kan lah gara-gara gempa bumi yang berlaku di Jepun dah menganggu server facebook kot. haha. Aku rasa lah kan, nie mungkin hadiah daripada facebook akibat bencana alam yang terjadi. Memang tak boleh blah!